CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 27 June 2011

Taqwa Tempatnya Di Hati

Seperti kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Perangai dan sikap manusia juga berbeza. Ada yang hidup baik-baik seperti suka bersedekah, menolong orang susah, dan memberi nasihat kepada insan yang memerlukan. Ada juga yang berpura-pura alim, memakai kopiah, pakai tudung labuh, berkelakuan sopan dan bercakap lemah lembut di khalayak ramai tetapi di lubuk hatinya, tersirat maksud tersendiri yang orang lain tidak tahu dan nampak. Niat dan perbuatan tidak sama, seoalah-olah ada udang disebalik batu.

Walaupun orang lain tidak tahu, setiap mukmin mesti insaf dan sedar bahawa Allah SWT mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Sebagai insan lemah, kita tidak lari daripada bersikap taqwa sepanjang masa.

Taqwa bertujuan memelihara diri daripada azab Allah SWT dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hadis Rasulullah saw: Taqwa itu berpuncak di sini sambil baginda menepuk dadanya tiga kali. Jelaslah apa yang dimaksudkan Rasulullah saw ialah taqwa itu tempatnya di hati, bukan di hujung lidah. Apa yang 
diucapkan oleh lidah belum tentu sama dengan apa yang tersemat di hati.

Sabda baginda lagi: Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu tetapi Allah swt melihat apa yang tersemat di hati kamu. Hadis bermaksud segala amal lahiriah manusia mesti didasari taqwa. Bertempat di lubuk hati seperti meninggikan syiar agama Allah swt, menyimpan perasaan takut kepada Allah 
swt dan menjaga diri daripada kemurkaanNya..

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah seluruh 
tubuh itu. Jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah ia adalah HATI.

Ulama Sufi Hassan Al-Basri ketika ditanya mengenai kebaikan budi pekerti, ia menerangkan: Kebaikan budi pekerti ialah berwajah manis,  bermurah hati dan berhenti menyakiti orang lain.
Ulama Abu Bakar Muhammad Bin Musa Al-Wasiti pula berkata:  Kebaikan budi pekerti ialah seseorang itu tidak memusuhi sesiapa pun dan tidak pula dimusuhi.

Kata Syah bin Sujak Al-Karmani: Kebaikan budi pekerti ialah berhenti menyakiti orang lain dan tabah menanggung kesusahan. Sebagai insan bertaqwa, seseorang itu perlu baik pergaulannya, menyenangkan orang lain ketika senang atau susah….

Friday, 10 June 2011

Aku...Masih Mencari CintaMu

Aku mendambakan cintaMu
Saban hari aku merindui cintaMu
Aku berusaha dalam mencari cintaMu
Aku tidak pernah kenal erti penat lelah
Aku juga tidak pernah kenal erti jemu
Asalkan aku temui dalam mencari cintaMu

Bila aku berjaya mencari cintaMu
Aku rasa cukup bahagia, aku juga rasa tenang
Tiada cinta lain yang boleh buat aku bahagia selain dari cintaMu
Aku yakin dalam meneruskan perjuangan hidupku bila ada cintaMu
Namun, Engkau berikan ujian dalam menguji cintaku padaMu
Untuk menguji sejauhmana aku terus memperjuangkan cintaMu   

Aku insan yang lemah
Tidak berdaya dalam menghadapi ujian ini
Aku juga insan yang kerdil
Bila diberikan dengan ujian aku gagal hadapinya
Aku melepaskan cintaMu hanya kerana cintaku pada insan yang bernama lelaki
Aku telah gagal dalam memperjuangkan cintaMu

Bila aku telah dapat cinta daripada lelaki
Aku mula dibuai perasaan rindu
Aku juga mula hanyut dalam cinta lelaki
Aku mula lupa tanggungjawabku sebagai kekasihMu
Aku lupa pada janjiku dalam meraih cintaMu
Aku lupa segala-galanya  

Aku lupa cinta manusia tidak akan kekal
Sejauhmana aku cinta pada lelaki cinta itu akan hilang
Seteguh mana sayangku pada lelaki sayang itu juga akan hilang
Walaupun aku bahagia tapi bahagia itu cuma seketika
Yang pasti kecewa juga aku akan dapat
Kesedihan juga yang akan melanda hatiku
  
Namun, yang pasti Engkau kekasih sejati
Bila aku tersalah langkah Engkau tunjukkan jalan kebenaran
Jika aku lalai Engkau berikan aku kesedaran
Disaat aku tersungkur Engkau berikan aku kekuatan
Aku mula sedar, aku lebih memerlukan cintaMu 
Aku yakin cintaMu adalah cinta yang hakiki