CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 27 June 2011

Taqwa Tempatnya Di Hati

Seperti kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Perangai dan sikap manusia juga berbeza. Ada yang hidup baik-baik seperti suka bersedekah, menolong orang susah, dan memberi nasihat kepada insan yang memerlukan. Ada juga yang berpura-pura alim, memakai kopiah, pakai tudung labuh, berkelakuan sopan dan bercakap lemah lembut di khalayak ramai tetapi di lubuk hatinya, tersirat maksud tersendiri yang orang lain tidak tahu dan nampak. Niat dan perbuatan tidak sama, seoalah-olah ada udang disebalik batu.

Walaupun orang lain tidak tahu, setiap mukmin mesti insaf dan sedar bahawa Allah SWT mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Sebagai insan lemah, kita tidak lari daripada bersikap taqwa sepanjang masa.

Taqwa bertujuan memelihara diri daripada azab Allah SWT dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hadis Rasulullah saw: Taqwa itu berpuncak di sini sambil baginda menepuk dadanya tiga kali. Jelaslah apa yang dimaksudkan Rasulullah saw ialah taqwa itu tempatnya di hati, bukan di hujung lidah. Apa yang 
diucapkan oleh lidah belum tentu sama dengan apa yang tersemat di hati.

Sabda baginda lagi: Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu tetapi Allah swt melihat apa yang tersemat di hati kamu. Hadis bermaksud segala amal lahiriah manusia mesti didasari taqwa. Bertempat di lubuk hati seperti meninggikan syiar agama Allah swt, menyimpan perasaan takut kepada Allah 
swt dan menjaga diri daripada kemurkaanNya..

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah seluruh 
tubuh itu. Jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah ia adalah HATI.

Ulama Sufi Hassan Al-Basri ketika ditanya mengenai kebaikan budi pekerti, ia menerangkan: Kebaikan budi pekerti ialah berwajah manis,  bermurah hati dan berhenti menyakiti orang lain.
Ulama Abu Bakar Muhammad Bin Musa Al-Wasiti pula berkata:  Kebaikan budi pekerti ialah seseorang itu tidak memusuhi sesiapa pun dan tidak pula dimusuhi.

Kata Syah bin Sujak Al-Karmani: Kebaikan budi pekerti ialah berhenti menyakiti orang lain dan tabah menanggung kesusahan. Sebagai insan bertaqwa, seseorang itu perlu baik pergaulannya, menyenangkan orang lain ketika senang atau susah….

0 comments: