CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 17 August 2011

Dimana Cinta-Mu


Ya Allah..
Di manakah hidayah-Mu
Sehingga jiwa ini terasa kosong sekali
Inginku merintih pada-Mu Ya Allah
Tapi kenapa mata ini terlalu sukar mengalirkan air mata
Apakah ini tanda diriku terlalu banyak dosa pada-Mu
Hingga sedikit pun diriku tidak merasai
Nikmat kemanisan iman

Dalam sujud diriku memohon
Agar hati ini bersih dari segala debu-debu dosa
Tapi kenapa diriku masih dalam kealpaan
Dalam sunyi ku merasakan keseorangan
Hingga tidak dapat merasakan cinta-Mu

Ku takut Ya Allah
Jika Kau melepaskan cinta-Mu padaku
Ku akan jatuh bangun sendirian
Apakah diriku tidak layak Ya Allah
Kembali pada jalan-Mu
Tidak layak ke diriku kembali
Merebut hidayahMu
Yang selama ini diriku abaikan

Ku sedar selama ini diriku lalai dengan nikmat duniawi
Ku leka dengan nikmat cinta manusia
Hingga diriku terluka & tersungkur
Dengan kehidupan ini
Ingin diriku kembali meraih cinta-Mu Ya Allah
Berilah diriku peluang Ya Allah
Kembali pada jalan-Mu

Tunjuklah diriku jalan yang lurus Ya Allah
Bimbinglah diriku
Janganlah Kau biarkan diriku terkapai-kapai
Dalam dunia yang sementara ini

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Dengarlah keluhan hamba-Mu
Yang hina ini
Ampunkan segala dosa-dosaku
Agar hidupku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Buat selama-lamanya…..

"(Iaitu) orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya. "
(Surah Al-Baqarah : 46)

  Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi


Monday 15 August 2011

Khas untuk Mujahidku


Mujahidku…
Aku bukanlah wanita yang terbaik buatmu,
Tapi aku cuba jadi yang terbaik untukmu,
Diriku bukanlah memiliki kesempurnaan yang engkau mahu,
Engkau tahu mujahidku,
Diriku juga masih terkapai-kapai
Ibarat dedaun yang melayang-layang.


Mujahidku
Aku di ciptakan untuk memperjuangkan agamaku
Dan aku jua tercipta untuk hulur tanganku
Bersama-samamu untuk berjihad di jalan-Nya,
Aku menanti sabar dijemput oleh dirimu
Untuk menjadi sayap kirimu
Dalam memperjuangkan agama kita
Moga diriku,
Sentiasa bersamamu
Dalam menempuh jalan yang penuh liku.

Aku persiapkan diriku
Dengan cinta Allah, Rasul dan semangat jihad yang membara,
Aku juga mempersiapkan diriku,
Dengan iman dan taqwa kepada-Nya,
Supaya aku dapat teguh berdiri bersamamu,
Menentang badai yang bakal melanda

Mujahidku,
Andai aku jatuh tersungkur
Jadilah benteng untuk diriku
Jika kau tersungkur
Aku akan membantu memapah dirimu
kerana aku adalah,
Mujahidahmu...

Mujahidku..
Janganlah kau memilihku atas dasar kecantikan
Bukan jua kerana aku hartawan,
Bukan jua keturunan,
Tapi atas agamaku dan keimananku,
Kau memilihku sebagai mujahidahmu,
Pendamping hidupmu,
Hingga ke pintu syurga,
Buat selama-lamanya....

Sunday 7 August 2011

Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)

1) Taubat
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.


2) Takut akan Allah s.w.t 
Perasaan takut akan Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya

3) Mahabbah
Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.

Wallahu'alam
 
 Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

4) Zuhud
Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5) Sabar
Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6) Syukur
Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan, rezeki , kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7) Ikhlas dan Benar
Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8) Tawakal
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9) Redha dengan Qada' Allah
Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin

10) Mengingati Mati
Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

Monday 1 August 2011

Kerana Purdah..

Suasana pagi ini cukup indah sekali. Alhamdulillah Ya Allah Engkau masih berikan hambaMu ini kesempatan untuk bernafas merasai kehidupan didunia ini. Ku jejakkan kaki menaiki tangga bas. Aku sudah tidak sabar untuk jumpa mama dengan papa tersayang. Sudah setahun aku tidak pulang menjenguk mama dengan papa. Apa yang lebih membuatkan aku tidak sabar untuk jumpa mereka adalah untuk memberitahu berita gembira. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa 8jam. Aku belajar di salah sebuah kolej di Kelantan. Aku masih ingat lagi kata-kata papa yang terakhir padaku “ jika Anna masih tidak berubah dengan sikap Anna jangan balik jumpa kami.” Biarkan kata-kata papa menusuk hati tapi kerana kata-kata papalah membuat aku terus tabah hadapi hidup ini..

Akhirnya sampai juga aku ke sebuah banglo yang tersergam indah. Dari jauh aku lihat mama dengan papa sudah menunggu akan kepulanganku. Aku terus berlari-lari  anak mendapatkan mama dengan papa. Aku terus menyalami tangan mama dan papa. Aku peluk mama,sambil menangis.

“ mama..Anna rindu pada mama dan papa..”

“ Anak mama dah jauh berubah,sejuk hati mama tengok Anna dah pakai tudung labuh,pakai baju kurung.”

Papa hanya tersenyum melihat aku.

“ Alhamdulillah mama, papa Allah dah buka hati Anna, bagi petunjuk untuk Anna berubah. Anna suka dengan perubahan Anna nih.”

“ Eh…jom masuk dulu nanti kita borak puas-puas kat dalam, bagitahu papa..”

Kami sekeluarga masuk ke dalam..

“ Mama, papa…anna minta izin untuk mandi dulu yea. Nanti lepas solat isyak kita borak yea.”

“ Pergilah sayang, mama tau Anna penat. Kata mama padaku..”

“ ok mama..aku tersenyum lalu berlalu masuk ke bilik.”

Selesai mandi kami sekeluarga solat berjemaah. Cukup syahdu sekali suara papa. Papa ketua keluarga, papalah juga seorang suami yang patuh suruhan Allah mendidik isteri dengan baik sekaligus papa juga dapat menjadi seorang ayah yang pandai mendidik anaknya sehingga menjadi orang yang berguna untuk agama. Aku teringat kembali bila aku mengalami perubahan mendadak selepas SPM. Aku keluar rumah lewat malam, tidak pakai tudung, pakaian terdedah sana sini.

Apabila papa perasan dengan keadaanku papa ambil keputusan hantar aku belajar ke kolej islamik di Kelantan. Alhamdulillah kerana keputusan papa aku dapat kenal islam dengan lebih dekat.
Selesai solat aku cium tangan papa dan mama. Aku menangis memohon ampun atas dosaku yang lalu.

“ Papa dan mama sudah lama maafkan Anna.Sungguh papa dan mama terkejut melihat Anna berjaya mengubah diri Anna.”

“ Alhamdulillah papa, mama jatuh bangun ana seorang diri dekat kolej. Akhirnya dapat juga Anna teguh berdiri. ”

“ Boleh cerita dekat mama dan papa macam mana Anna boleh berubah?” tanya mama padaku..

“ Papa ingat lagi ayat papa yang terakhir semasa papa hantar anna?”

“ Papa ingat je sayang, lalu papa tersenyum.”

“ Bila papa dengan mama balik Anna menangis je kat bilik. Anna rasa Anna tidak kuat. Kolej buat minggu orientasi selama seminggu. Masa tulah Anna memang diwajibkan pakai tudung labuh. Anna tidak protes Anna ikut je disiplin kolej. Anna juga diajar pakai sarung lengan dan juga sarung kaki. Mula-mula pakai tu semua Anna rimas tapi lama-lama pakai Anna rasa tenang je. Habis orientasi Anna still pakai tudung labuh. Orang lain ada yang pakai masa orientasi je habis orientasi terus pakai tudung singkat.”

“ Macam-macam dugaan Allah bagi pada Anna. Anna langsung tidak kuat. Anna hanya mampu menangis. Pernah terdetik di hati Anna nak cerita semua pada mama dan papa apa yang jadi pada Anna tapi Anna tidak mahu mama dan papa fikir anak mama lemah. Pernah sekali Anna down kerana sahabat baik Anna sendiri. Masa tu Anna nak je telefon papa suruh datang ambil Anna kat kolej.”

“ Anna jahil dari segi ilmu agama. Dulu mama dan papa manjakan Anna. Apa Anna nak mama dan papa bagi. Bila Anna seorang diri hadapi hidup ini Anna terasa diri Anna kerdil sangat atas muka bumi Allah nih. Anna islam tapi Anna tidak tahu agama Anna sendiri. Anna rasa nak menangis je bila Anna tidak tahu apa pun. Anna mula ambil peluang kawan dengan kakak senior yang dekat dengan agama, banyak ilmu. Anna mula belajar sedikit demi sedikit.”

“ Alhamdulillah Allah bagi kesabaran dan semangat pada Anna untuk Anna teruskan jihad Anna..”kata papa padaku..

“ Alhamdulillah papa..”

Papa..mama…

“ Sebenarnya Anna balik nak minta restu mama dan papa..”

“ Anna nak minta izin dengan mama dan papa untuk pakai purdah..”

Subhanallah..Alhamdulillah ya Allah, Engkau buka hati anakku ini untuk pakai purdah.Tidak ku sangka perubahannya sejauh nih. Papa panjat kesyukuran..

“ Boleh sayang, papa dan mama izinkan Anna pakai purdah.”kata papa..

“ Kenapa Anna nak pakai purdah sayang? ”

“ Entahlah mama, papa..Anna pun tidak tahu kenapa hati ini teringin sangat pakai purdah. Dari hari ke hari hati ini semakin meronta-ronta untuk pakai purdah. Anna pun tidak tahu apa yang buat Anna macam nih. Anna minta pendapat kakak senior. Mereka bagi nasihat pada Anna sedikit sebanyak.”

“ Anna istikharah untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah, Allah buka hati Anna untuk pakai purdah.”
Papa dan mama tersenyum gembira. Alhamdulillah keesokan hari mama beli kain jahit purdah untukku.
Akhirnya aku dapat juga memakai purdah. Alhamdulillah Ya Allah Engkau telah membuka hati hambaMu ini untuk memakai purdah. Aku terasa tenang sekali. Terasa diriku teramat berharga dan bernilai sekali.

Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Wallahu’alam

 Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi