CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 15 September 2011

Ragam Cinta Dalam Al-Quran

1)      Bentuk kecintaan terhadap duniawi

Al-Quran menegaskan :

“  Tidak! Bahkan kamu mencintai kehidupan dunia, dan mengabaikan (kehidupan) akhirat. ”  (Al-Qiyamah : 20-21)

2)      Bentuk kecintaan terhadap harta benda

Al-Quran menjelaskan :

“ Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar, (tidak bersyukur) kepada Tuhannya. Dan sesungguhnya dia (manusia) menyaksikan (mengakui) keingkarannya. Dan sesungguhnya cintanya kepada harta benar-benar berlebihan.”    (Al-Adiyat : 6-8)

“ Sedangkan kamu memakan harta warisan dengan cara mencampur-baurkan (yang halal dan yang haram).”   (Al-Fajr : 19-20)

3)      Bentuk kecintaan manusia terhadap kenikmatan dan keinginan-keinginan yang tidak terpuji di mata Allah

Firman Allah :

“ Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan, dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di  dunia dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).”                
(Al-Imran : 14)

4)      Bentuk kecintaan manusia terhadap sesuatu yang buruk bagi dirinya atau sesuatu yang dibenci Allah jika melakukannya

Sebagaimana firman Allah :

“  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."  (Al-Baqarah : 216)

5)      Bentuk kecintaan manusia terhadap sesuatu golongan yang sama sekali tidak membawa sesuatu positif bagi dirinya, bahkan golongan tersebut mencari-cari cela untuk menghancurkan dirinya

Firman Allah dalam Al-Quran :

“ wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan dari kalanganmu menjadi teman karib (yang dipercayai), (kerana) mereka tidak henti-henti (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang tersembunyi di hati mereka lebih jahat lagi. Sesungguhnya kami telah terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya). Awaslah! Kamu menyukai mereka, padahal  mereka tidak menyukai kamu. Dan kamu juga beriman kepada segala kitab. Apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: “ kami beriman,” dan apabila mereka menyendiri mereka, menggigit hujung jari lantaran perasaan marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka):  “ Matilah kamu dengan kemarahanmu itu.” Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperolehi kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.”  (Al-Imran : 118-120)

Wallahu'alam

Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi



Wednesday 17 August 2011

Dimana Cinta-Mu


Ya Allah..
Di manakah hidayah-Mu
Sehingga jiwa ini terasa kosong sekali
Inginku merintih pada-Mu Ya Allah
Tapi kenapa mata ini terlalu sukar mengalirkan air mata
Apakah ini tanda diriku terlalu banyak dosa pada-Mu
Hingga sedikit pun diriku tidak merasai
Nikmat kemanisan iman

Dalam sujud diriku memohon
Agar hati ini bersih dari segala debu-debu dosa
Tapi kenapa diriku masih dalam kealpaan
Dalam sunyi ku merasakan keseorangan
Hingga tidak dapat merasakan cinta-Mu

Ku takut Ya Allah
Jika Kau melepaskan cinta-Mu padaku
Ku akan jatuh bangun sendirian
Apakah diriku tidak layak Ya Allah
Kembali pada jalan-Mu
Tidak layak ke diriku kembali
Merebut hidayahMu
Yang selama ini diriku abaikan

Ku sedar selama ini diriku lalai dengan nikmat duniawi
Ku leka dengan nikmat cinta manusia
Hingga diriku terluka & tersungkur
Dengan kehidupan ini
Ingin diriku kembali meraih cinta-Mu Ya Allah
Berilah diriku peluang Ya Allah
Kembali pada jalan-Mu

Tunjuklah diriku jalan yang lurus Ya Allah
Bimbinglah diriku
Janganlah Kau biarkan diriku terkapai-kapai
Dalam dunia yang sementara ini

Ya Allahu Ya Rahman
Ya Allahu Ya Rahim
Dengarlah keluhan hamba-Mu
Yang hina ini
Ampunkan segala dosa-dosaku
Agar hidupku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Buat selama-lamanya…..

"(Iaitu) orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan mereka akan kembali kepadaNya. "
(Surah Al-Baqarah : 46)

  Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi


Monday 15 August 2011

Khas untuk Mujahidku


Mujahidku…
Aku bukanlah wanita yang terbaik buatmu,
Tapi aku cuba jadi yang terbaik untukmu,
Diriku bukanlah memiliki kesempurnaan yang engkau mahu,
Engkau tahu mujahidku,
Diriku juga masih terkapai-kapai
Ibarat dedaun yang melayang-layang.


Mujahidku
Aku di ciptakan untuk memperjuangkan agamaku
Dan aku jua tercipta untuk hulur tanganku
Bersama-samamu untuk berjihad di jalan-Nya,
Aku menanti sabar dijemput oleh dirimu
Untuk menjadi sayap kirimu
Dalam memperjuangkan agama kita
Moga diriku,
Sentiasa bersamamu
Dalam menempuh jalan yang penuh liku.

Aku persiapkan diriku
Dengan cinta Allah, Rasul dan semangat jihad yang membara,
Aku juga mempersiapkan diriku,
Dengan iman dan taqwa kepada-Nya,
Supaya aku dapat teguh berdiri bersamamu,
Menentang badai yang bakal melanda

Mujahidku,
Andai aku jatuh tersungkur
Jadilah benteng untuk diriku
Jika kau tersungkur
Aku akan membantu memapah dirimu
kerana aku adalah,
Mujahidahmu...

Mujahidku..
Janganlah kau memilihku atas dasar kecantikan
Bukan jua kerana aku hartawan,
Bukan jua keturunan,
Tapi atas agamaku dan keimananku,
Kau memilihku sebagai mujahidahmu,
Pendamping hidupmu,
Hingga ke pintu syurga,
Buat selama-lamanya....

Sunday 7 August 2011

Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)

1) Taubat
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.


2) Takut akan Allah s.w.t 
Perasaan takut akan Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya

3) Mahabbah
Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.

Wallahu'alam
 
 Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

4) Zuhud
Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5) Sabar
Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.

6) Syukur
Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan, rezeki , kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7) Ikhlas dan Benar
Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan hawa nafsu dan kasih akan dunia.

8) Tawakal
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9) Redha dengan Qada' Allah
Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin

10) Mengingati Mati
Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.

Monday 1 August 2011

Kerana Purdah..

Suasana pagi ini cukup indah sekali. Alhamdulillah Ya Allah Engkau masih berikan hambaMu ini kesempatan untuk bernafas merasai kehidupan didunia ini. Ku jejakkan kaki menaiki tangga bas. Aku sudah tidak sabar untuk jumpa mama dengan papa tersayang. Sudah setahun aku tidak pulang menjenguk mama dengan papa. Apa yang lebih membuatkan aku tidak sabar untuk jumpa mereka adalah untuk memberitahu berita gembira. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa 8jam. Aku belajar di salah sebuah kolej di Kelantan. Aku masih ingat lagi kata-kata papa yang terakhir padaku “ jika Anna masih tidak berubah dengan sikap Anna jangan balik jumpa kami.” Biarkan kata-kata papa menusuk hati tapi kerana kata-kata papalah membuat aku terus tabah hadapi hidup ini..

Akhirnya sampai juga aku ke sebuah banglo yang tersergam indah. Dari jauh aku lihat mama dengan papa sudah menunggu akan kepulanganku. Aku terus berlari-lari  anak mendapatkan mama dengan papa. Aku terus menyalami tangan mama dan papa. Aku peluk mama,sambil menangis.

“ mama..Anna rindu pada mama dan papa..”

“ Anak mama dah jauh berubah,sejuk hati mama tengok Anna dah pakai tudung labuh,pakai baju kurung.”

Papa hanya tersenyum melihat aku.

“ Alhamdulillah mama, papa Allah dah buka hati Anna, bagi petunjuk untuk Anna berubah. Anna suka dengan perubahan Anna nih.”

“ Eh…jom masuk dulu nanti kita borak puas-puas kat dalam, bagitahu papa..”

Kami sekeluarga masuk ke dalam..

“ Mama, papa…anna minta izin untuk mandi dulu yea. Nanti lepas solat isyak kita borak yea.”

“ Pergilah sayang, mama tau Anna penat. Kata mama padaku..”

“ ok mama..aku tersenyum lalu berlalu masuk ke bilik.”

Selesai mandi kami sekeluarga solat berjemaah. Cukup syahdu sekali suara papa. Papa ketua keluarga, papalah juga seorang suami yang patuh suruhan Allah mendidik isteri dengan baik sekaligus papa juga dapat menjadi seorang ayah yang pandai mendidik anaknya sehingga menjadi orang yang berguna untuk agama. Aku teringat kembali bila aku mengalami perubahan mendadak selepas SPM. Aku keluar rumah lewat malam, tidak pakai tudung, pakaian terdedah sana sini.

Apabila papa perasan dengan keadaanku papa ambil keputusan hantar aku belajar ke kolej islamik di Kelantan. Alhamdulillah kerana keputusan papa aku dapat kenal islam dengan lebih dekat.
Selesai solat aku cium tangan papa dan mama. Aku menangis memohon ampun atas dosaku yang lalu.

“ Papa dan mama sudah lama maafkan Anna.Sungguh papa dan mama terkejut melihat Anna berjaya mengubah diri Anna.”

“ Alhamdulillah papa, mama jatuh bangun ana seorang diri dekat kolej. Akhirnya dapat juga Anna teguh berdiri. ”

“ Boleh cerita dekat mama dan papa macam mana Anna boleh berubah?” tanya mama padaku..

“ Papa ingat lagi ayat papa yang terakhir semasa papa hantar anna?”

“ Papa ingat je sayang, lalu papa tersenyum.”

“ Bila papa dengan mama balik Anna menangis je kat bilik. Anna rasa Anna tidak kuat. Kolej buat minggu orientasi selama seminggu. Masa tulah Anna memang diwajibkan pakai tudung labuh. Anna tidak protes Anna ikut je disiplin kolej. Anna juga diajar pakai sarung lengan dan juga sarung kaki. Mula-mula pakai tu semua Anna rimas tapi lama-lama pakai Anna rasa tenang je. Habis orientasi Anna still pakai tudung labuh. Orang lain ada yang pakai masa orientasi je habis orientasi terus pakai tudung singkat.”

“ Macam-macam dugaan Allah bagi pada Anna. Anna langsung tidak kuat. Anna hanya mampu menangis. Pernah terdetik di hati Anna nak cerita semua pada mama dan papa apa yang jadi pada Anna tapi Anna tidak mahu mama dan papa fikir anak mama lemah. Pernah sekali Anna down kerana sahabat baik Anna sendiri. Masa tu Anna nak je telefon papa suruh datang ambil Anna kat kolej.”

“ Anna jahil dari segi ilmu agama. Dulu mama dan papa manjakan Anna. Apa Anna nak mama dan papa bagi. Bila Anna seorang diri hadapi hidup ini Anna terasa diri Anna kerdil sangat atas muka bumi Allah nih. Anna islam tapi Anna tidak tahu agama Anna sendiri. Anna rasa nak menangis je bila Anna tidak tahu apa pun. Anna mula ambil peluang kawan dengan kakak senior yang dekat dengan agama, banyak ilmu. Anna mula belajar sedikit demi sedikit.”

“ Alhamdulillah Allah bagi kesabaran dan semangat pada Anna untuk Anna teruskan jihad Anna..”kata papa padaku..

“ Alhamdulillah papa..”

Papa..mama…

“ Sebenarnya Anna balik nak minta restu mama dan papa..”

“ Anna nak minta izin dengan mama dan papa untuk pakai purdah..”

Subhanallah..Alhamdulillah ya Allah, Engkau buka hati anakku ini untuk pakai purdah.Tidak ku sangka perubahannya sejauh nih. Papa panjat kesyukuran..

“ Boleh sayang, papa dan mama izinkan Anna pakai purdah.”kata papa..

“ Kenapa Anna nak pakai purdah sayang? ”

“ Entahlah mama, papa..Anna pun tidak tahu kenapa hati ini teringin sangat pakai purdah. Dari hari ke hari hati ini semakin meronta-ronta untuk pakai purdah. Anna pun tidak tahu apa yang buat Anna macam nih. Anna minta pendapat kakak senior. Mereka bagi nasihat pada Anna sedikit sebanyak.”

“ Anna istikharah untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah, Allah buka hati Anna untuk pakai purdah.”
Papa dan mama tersenyum gembira. Alhamdulillah keesokan hari mama beli kain jahit purdah untukku.
Akhirnya aku dapat juga memakai purdah. Alhamdulillah Ya Allah Engkau telah membuka hati hambaMu ini untuk memakai purdah. Aku terasa tenang sekali. Terasa diriku teramat berharga dan bernilai sekali.

Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Wallahu’alam

 Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi






Saturday 23 July 2011

Tangisan Hati Yang Merintih

Aku termenung melihat tasik di kolej yang cukup tenang sekali. Sesekali tudungku ditiup angin bayu. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang utuk melihat ciptaan Allah. Andai mata aku buta aku mungkin tidak dapat melihatnya. Tiba-tiba air mata ini mengalir bila memikirkan apa yang telah terjadi pada diriku dua tiga hari ini. Apakah aku sudah gagal untuk berjuang di jalan Allah? Apakah aku seorang hamba  yang lemah bila Allah bagi secebis ujian aku gagal hadapinya? Soalan ini sering bermain-bermain dalam kotak fikiran aku.

Aku sedar aku mula terumbang-ambing dengan dosa yang ku lakukan. Aku terlalu takut. Takut jika aku terus-menerus melakukan dosa. Aku rasa berbeza dah sekarang ini. Jiwa aku kosong,hati aku tidak tenang, diri aku semakin lalai. Apakah ini kesan akibat dosa yang aku lakukan. Apakah Allah sudah jauh dari ku. Nauzubillah..aku semakin takut untuk fikirkan ini semua.

“ Hati manusia pada waktu itu merasa sangat takut.” (Surah Al-Nazi’at : 8)

Aku melangkah kaki dengan lemah balik ke hostel. Aku takut andai aku melangkah kaki ini tiba-tiba Allah ambil nyawa aku. Aku takut tidak sempat untuk bertaubat. Sekali lagi hati ini sedih bila memikirkan dosa yang ku lakukan. Sempat ke aku bertaubat?

Bila sampai ke bilik aku rehat atas katil. Aku mula terasa penat untuk teruskan kehidupan ini. Aku ingin pejam mata seketika untuk lupa urusan dunia tapi mata ini takut. Andai aku pejam mata mungkin aku tidak akan bangun buat selama-lamanya. Aku terus bangun dari katil. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku bersiap untuk ke masjid solat maghrib. Selangkah kaki ku berjalan untuk ke masjid aku terasa diriku semakin rindu padaNya. Hati aku bergetar saat-saat mendengar alunan zikir di masjid.

Dalam sujud aku menangis memikirkan dosa ku. Hati aku sekarang terlalu mudah tersentuh bila menyebut nama-nama kalimah Allah. Aku terasa hina sekali disisiNya. Aku sudah gagal menjalankan perintahNya.
Aku memberikan nasihat pada sahabat usrah aku tapi aku gagal bila Allah berikan ujian untukku. kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku membuat aku semakin tidak tentu arah.  Aku semakin hanyut dengan cinta seorang lelaki sehingga aku melupakan cinta pada penciptaku. Aku gagal menjaga ikhtilat aku dengan lelaki. Aku semakin leka dengan cinta yang sementara sehingga aku sanggup lepaskan cinta yang abadi.
Apakah ini ujian semata-mata untuk menguji imanku. Aku takut. Aku menasihati orang lain tapi aku tidak lakukan perintah Allah. Aku selalu ingat satu ayat al-Quran yang berbunyi:

“ Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya.” (Surah Al-Insan : 2)

“ Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? ”
(Surah Al-Shaff:2)

Dari hari ke sehari aku mula sedar. Aku mula terfikir untuk melepaskan cinta manusia semata-semata untuk menggapai cinta Allah yang aku cari selama ini. Aku memberitahu niatku pada lelaki itu. Alhamdulillah dia faham dengan keadaan diriku. Walaupun terasa berat untuk melepaskan  orang kita sayang tapi aku tidak takut. Andai aku memang tercipta untuknya Allah akan satukan kami walaupun beribu batu terpisah. Biarlah kami sama-sama cari cintaNya untuk menggapai mardhatillahNya.
Apabila aku lepaskan dia kerana Allah aku terasa berbeza sekali. Jiwa ini sungguh tenang.

“ Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.”
(Surah Al-Fajr : 27-28)

Ya allah…
Aku hambaMu yang hina disisiMu
Ampunilah dosaku
Terimalah taubat hambaMu ini
Janganlah Engkau biarkan hambaMu ini
Semakin lalai dengan kehidupan dunia yang sementara
Tunjukilah hambaMu ini jalan yang lurus
Iaitu jalan yang diredhaiMu..

Wallahu’alam

  Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

Thursday 14 July 2011

Hati Ini
















Mata ini tidak henti-henti memandang
Langit yang cukup indah membiru
Telinga ini tidak henti-henti menangkap
Alunan angin bayu senja
Manakala mulut ini tidak henti-henti
Mengucapkan Subhanallah
Ahh…begitu tekun
Anggota fizikalku mengagungkan
Ciptaan Allah yang begitu sempurna sekali
Betapa…….rendahnya aku disisiNya
Namun……..
Mengapa hati ini terlalu sukar
Melakukan suruhanNya
Mengapa hati ini tidak terasuh
Untuk takut kepada laranganNya
Kekadang……
Hati ini selalu terfikir
Mungkin ucapanku hanya sebagai
Fitrah manusia
Hanya terucap sebagai tanda menghargai
Terciptanya alam ini
Atau mungkin sekadar memenuhi
Yang cintakan keindahan & kedamaian
Tapi…..mana mungkin semua ini
Jika tidak diserikan dengan kuntuman
Tawadhuk kepada Allah

Jika tidak dibajai dengan cahaya kesyukuran
Kepada Yang Maha Esa
Jika tidak dihiasi dengan jalinan akal
Ayat-ayat Allah
Kini………….baruku sedar
Kesedaran tanpa iman tidak akan bermakna
Luahan rasa indah tanpa pedomanNya
Tidak akan mendamaikan hati ini
Ya Allah…
HambaMu memohon hidayahMu
Bukalah pintu hatiku ini
Untuk redha berjuang di landasanMu
Untuk syahid di jalanMu…


'' Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi itu lebih besar daripada penciptaan manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." ( Surah Ghafir : 57 )


" Allahlah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap dan membentukmu, lalu memperindah rupamu serta memberimu rezeki daripada yang baik-baik . Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha suci Allah, Tuhan seluruh alam."    ( Surah Ghafir : 64 )

Wallahu’alam….

   Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

Monday 27 June 2011

Taqwa Tempatnya Di Hati

Seperti kata pepatah rambut sama hitam, hati lain-lain. Perangai dan sikap manusia juga berbeza. Ada yang hidup baik-baik seperti suka bersedekah, menolong orang susah, dan memberi nasihat kepada insan yang memerlukan. Ada juga yang berpura-pura alim, memakai kopiah, pakai tudung labuh, berkelakuan sopan dan bercakap lemah lembut di khalayak ramai tetapi di lubuk hatinya, tersirat maksud tersendiri yang orang lain tidak tahu dan nampak. Niat dan perbuatan tidak sama, seoalah-olah ada udang disebalik batu.

Walaupun orang lain tidak tahu, setiap mukmin mesti insaf dan sedar bahawa Allah SWT mengetahui setiap apa yang kita lakukan. Sebagai insan lemah, kita tidak lari daripada bersikap taqwa sepanjang masa.

Taqwa bertujuan memelihara diri daripada azab Allah SWT dengan mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Hadis Rasulullah saw: Taqwa itu berpuncak di sini sambil baginda menepuk dadanya tiga kali. Jelaslah apa yang dimaksudkan Rasulullah saw ialah taqwa itu tempatnya di hati, bukan di hujung lidah. Apa yang 
diucapkan oleh lidah belum tentu sama dengan apa yang tersemat di hati.

Sabda baginda lagi: Sesungguhnya Allah swt tidak melihat kepada tubuh dan rupa kamu tetapi Allah swt melihat apa yang tersemat di hati kamu. Hadis bermaksud segala amal lahiriah manusia mesti didasari taqwa. Bertempat di lubuk hati seperti meninggikan syiar agama Allah swt, menyimpan perasaan takut kepada Allah 
swt dan menjaga diri daripada kemurkaanNya..

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya di dalam tubuh itu ada segumpal darah. Jika ia baik, baiklah seluruh 
tubuh itu. Jika ia rosak, rosak pula seluruh tubuh itu. Ketahuilah ia adalah HATI.

Ulama Sufi Hassan Al-Basri ketika ditanya mengenai kebaikan budi pekerti, ia menerangkan: Kebaikan budi pekerti ialah berwajah manis,  bermurah hati dan berhenti menyakiti orang lain.
Ulama Abu Bakar Muhammad Bin Musa Al-Wasiti pula berkata:  Kebaikan budi pekerti ialah seseorang itu tidak memusuhi sesiapa pun dan tidak pula dimusuhi.

Kata Syah bin Sujak Al-Karmani: Kebaikan budi pekerti ialah berhenti menyakiti orang lain dan tabah menanggung kesusahan. Sebagai insan bertaqwa, seseorang itu perlu baik pergaulannya, menyenangkan orang lain ketika senang atau susah….

Friday 10 June 2011

Aku...Masih Mencari CintaMu

Aku mendambakan cintaMu
Saban hari aku merindui cintaMu
Aku berusaha dalam mencari cintaMu
Aku tidak pernah kenal erti penat lelah
Aku juga tidak pernah kenal erti jemu
Asalkan aku temui dalam mencari cintaMu

Bila aku berjaya mencari cintaMu
Aku rasa cukup bahagia, aku juga rasa tenang
Tiada cinta lain yang boleh buat aku bahagia selain dari cintaMu
Aku yakin dalam meneruskan perjuangan hidupku bila ada cintaMu
Namun, Engkau berikan ujian dalam menguji cintaku padaMu
Untuk menguji sejauhmana aku terus memperjuangkan cintaMu   

Aku insan yang lemah
Tidak berdaya dalam menghadapi ujian ini
Aku juga insan yang kerdil
Bila diberikan dengan ujian aku gagal hadapinya
Aku melepaskan cintaMu hanya kerana cintaku pada insan yang bernama lelaki
Aku telah gagal dalam memperjuangkan cintaMu

Bila aku telah dapat cinta daripada lelaki
Aku mula dibuai perasaan rindu
Aku juga mula hanyut dalam cinta lelaki
Aku mula lupa tanggungjawabku sebagai kekasihMu
Aku lupa pada janjiku dalam meraih cintaMu
Aku lupa segala-galanya  

Aku lupa cinta manusia tidak akan kekal
Sejauhmana aku cinta pada lelaki cinta itu akan hilang
Seteguh mana sayangku pada lelaki sayang itu juga akan hilang
Walaupun aku bahagia tapi bahagia itu cuma seketika
Yang pasti kecewa juga aku akan dapat
Kesedihan juga yang akan melanda hatiku
  
Namun, yang pasti Engkau kekasih sejati
Bila aku tersalah langkah Engkau tunjukkan jalan kebenaran
Jika aku lalai Engkau berikan aku kesedaran
Disaat aku tersungkur Engkau berikan aku kekuatan
Aku mula sedar, aku lebih memerlukan cintaMu 
Aku yakin cintaMu adalah cinta yang hakiki                   

Sunday 17 April 2011

Bukti Cinta Kepada Allah

Orang dahulu ada menyebut,
''Jika benar cinta,mana buktinya?''
Ya,sebilangan manusia ada yang terang-terangan mengaku mereka mencintai Allah SWT. Tidaklah salah hendak mengumumkan cinta. Rasulullah SAW sendiri terang-terangan menyatakan bahawa Baginda mencintai Allah. Begitu juga banyak nasyid di dunia ini yang memanifestasikan cinta kepada Allah dalam liriknya. Maksudnya ramai manusia mengaku bahawa mereka mencintai Allah, tetapi apakah buktinya?

Bukti cinta kepada Allah ada sembilan.Banyak juga ya........

1) Cinta kepada kematian


Orang yang bercinta tidak berat meninggalkan kediamannya untuk menemui kekasihnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

     ''Sesiapa lebih suka berjumpa Allah maka Allah suka menjumpainya.''( Riwayat Muttafaqun Alaih )

Menjelang kematiannya, Huzaifah RA berkata :
    
     ''Kekasih hendak datang. Tidak ada kemenangannya disesali.''

Seorang salafi pula berkata :

      ''Tidak ada sesuatu perkara yang lebih disukai Allah pada seseorang hamba setelah kecintaan berjumpa dengan Allah, kecuali banyak sujud.''

2) Berjihad di Jalan Allah


Berperang di jalan Allah antara cara untuk membuktikan kebenaran cinta seorang hamba yang mahu bertemu Allah:

    ''Sesungguhnya aku cinta Allah kerana itu berperang di jalan Allah dijadikan saksi sebagai salah satu                        tandanya.''

Allah berfirman yang bermaksud :

     ''Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur.''        ( Ash-Shaaf : 4 )


Abu Bakar pernah berpesan kepada Umar :

     ''Kebenaran itu berat, dalam keberatannya disertai rasa pahit. Kebatilan itu ringan, di samping ringan tetapi berpenyakit. kalau kamu pelihara pesanku ini, tidak akan ada suatu keghaiban yang lebih kamu sukai selain mati, dan kematian pasti menemuimu. Tetapi, kalau sia-siakan pesanku ini, tidak akan ada suatu keghaiban yang kamu benci selain mati. Sekali pun kamu tidak mampu menundukkan kematian.''

3) Menundukkan Hawa Nafsu


Allah memberikan sifat orang yang sangat mencintai-Nya :

  ''Mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka dan mereka tidak menaruh keinginan dalam hatinya terhadap barang-barang yang diberikan kepada mereka ( kaum Muhajirin ) dan mereka mengutamakan orang itu atas diri mereka sendiri walaupun memerlukan barang-barang yang mereka berikan itu.''( Al-Hasyr :9 )

Sahal pernah berkata :

    ''Tanda cinta kepada-Nya adalah mendahulukan Allah atas diri sendiri.''

Setiap orang yang mentaati Allah itu hanyalah orang yang menjauhi segala larangan. Ketentuan itu sebagaimana difirmankan Allah. Mencintai Allah menjadi sebab Allah mencintainya.

4) Sentiasa Berzikir Kepada Allah


Lisannya tidak bosan menyebut Allah. Suka mengingati Allah, suka membaca Al-Quran sebagai kalam-Nya, mencintai Rasul-Nya dan mencintai setiap orang yang mencintai Rasul-Nya serta agama-Nya. Seseorang akan meniru apa sahaja yang melekat pada diri orang yang dicintainya.

Sufyan berkata :

    ''Sesiapa mencintai orang yang mencintai Allah SWT, sesungguhnya ia telah mencintai Allah. Sesiapa yang memuliakan orang yang mengagungkan Allah sesungguhnya dia telah mengagungkan Allah.''

Ibnu Mas'ud berkata :

    ''Tidak sepatutnya anda mempertanyakan diri sendiri kecuali tentang Al-Quran. Kalu anda mencintai Al-Quran bererti anda mencintai Allah. Kalau anda tidak mencintai Al-Quran bererti tidak mencintai Allah.''

5) Bermunajat Kepada Allah 

Mempergunakan kesempatan beribadat pada waktu malam yang penuh ketenangan untuk memotong segala penghalang. Ibrahim bin Adham pernah ditanya sewaktu turun dari gunung lalu menjawab :

    ''Daripada bersenang-senang dengan Allah.''

Antara tanda cinta adalah suka bersenang-senang sewaktu bermunajat dengan kekasih yang dicintai.

Abu Bakar As-Shiddiq pernah berkata :

    ''Sesiapa merasakan kenikmatan kejernihan mencintai Allah, nescaya perhatiannya tercurahkan kepada-Nya dibanding semua manusia.''

Muthraf Abu Bakar pula berkata :

    ''Orang yang mencintai itu tidak pernah bosan berbicara dengan kekasihnya.''

6) Tidak Berduka Dengan kehilangan Sesuatu


Seseorang yang mencintai Allah tidak terlalu berduka ketika mengalami musibah atau kehilangan sesuatu. Sebaliknya dia akan berduka apabila kehilangan waktu untuk berzikir kepada Allah dan melakukan amal ketaatan.

Ulama golongan Al-Ariffin berkata :

    ''Sesungguhnya Allah mempunyai sejumlah hamba yang sangat mencintai-Nya dan memperoleh ketenteraman bersama-Nya. Kehilangan apa sahaja yang di alami tidak meninggalkan bekas sama sekali. Mereka tidak begitu memerhatikan urusan yang berhubung kait dengan keperluan dirinya. Itu terjadi kerana kekuatan yang menguasai diri mereka untuk sempurna dan apa sahaja yang dikehendaki mudah didapati maka apa sahaja yang terlepas daripada mereka, maka direnungkan  secara baik.''


7) Nikmat Melaksanakan Ketaatan


Kewajipan yang diperintahkan Allah dilaksanakan tanpa berasa beban.

Ulama Sufi berkata :

    ''Aku bangun di tengah malam selama 20 tahun, selama itu aku benar-benar menikmatinya.''

    ''Beramal atas dasar kecintaan tidak akan meletihkan badan.''

Al-Junaid pula berkata :

    ''Tanda orang yang mencintai Allah adalah giat dan rajin membina syahwat yang meletihkan badan tetapi tidak meletihkan hati.''

Orang yang mengalami kerinduan tidak akan berat menempuh perjalanan untuk memenuhi keinginan kekasihnya.

8) Menjalin Kasih Sayang Sesama Makhluk

Orang yang mencintai Allah akan bertindak keras kepada musuh Allah dan orang yang memandang ringan perkara yang dibenci Allah.

Firman Allah :
  
    ''Mereka keras terhadap orang kafir, tetapi kasih sayang terhadap sesama mereka.'' ( Al-Fath : 29 )


Bahkan, tidak takut kepada celaan orang dan berani menghadapi kemarahan mereka kerana Allah. Mereka disifatkan sebagai wali Allah :

    ''Mereka berkumpul untuk mengingati aku (berzikir) seperti burung berpusu-pusu membuat sarangnya. Mereka membenci terhadap segala perkara yang diharamkan-Nya.''

9) Takut Berpaling Kepada Allah


Hamba sebegini takut jika kecintaan yang ia miliki lemah. Jadi mereka akan berusaha untuk menjauhi larangan Allah dan melaksanakan perintah-Nya dengan baik.

Firman Allah :
  
    ''Dan barangsiapa yang berpalin dari peringatanKu, maka baginya kehidupan yang sempit...'' ( Taha : 124 )

Itulah dia sembilan bukti.Semuanya manis dan melapangkan dada.

Adakah kita mempunyai paling kurang salah satu daripada bukti-bukti ini?

Anda hendak buktikan cinta anda?

Mari kita sama-sama menggapai cinta kepada Allah.

Wallahu'alam..

   Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi


Tuesday 12 April 2011

Perjuangan Cinta Seorang Serikandi


Annisa duduk di atas kerusi di hadapan rumahnya sambil melihat pemandangan waktu pagi.Selepas berlalu pergi waktu malam hadirnya waktu pagi yang cukup indah buat kita semua.Kedengaran burung-burung berkicauan.Embun pagi yang menitis di atas daun-daun cukup mengusik hatinya.Pemandangan waktu pagi terasa damai di hatinya.Subhanallah begitu indah dunia ciptaan Allah.

Annisa teringat firman Allah:

‘’Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar;Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan,masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan.Ingatlah dia yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun’’
(Surah Az Zumar:5)

Anissa seorang anak yang taat pada kedua ibu bapanya.Annisa anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.Pagi itu Annisa melakukan kerjanya seperti biasa dengan menemani emaknya ke pasar.Sejak dia di sahkan sakit barah otak enam bulan yang lalu ibu bapanya sudah tidak membenarkan dia buat kerja berat lg.Sakit Annisa sudah tahap kritikal.Masa yang ada untuk Annisa sudah suntuk.Baginya sekarang adalah untuk menghabiskan masanya bersama dengan Allah,dengan melaksanakan segala perintahNYa,dan juga bersama keluarganya yang tersayang.Annisa dengan kesopanannya yang sentiasa menutup aurat bila keluar kemana-mana.Pagi itu Annisa memakai tudung labuh berwarna pink dan baju kurung.Walaupun dirinya menderita sakit Annisa sentiasa tersenyum gembira.Dirinya yang sakit sikit pun tidak tergambar di wajahnya.

Bila sampai di pasar seperti biasa ibunya akan ke kedai Mak Cik Piah untuk mencari sayur-
sayuran yang segar.

‘’Awal hari ini Zah datang cari sayur’’
Ibuku tersenyum..
‘’Biasalah Piah ada hari awal ada hari lambat.’’
‘’Eh,Annisa macam mana sihat?’’
‘’Alhamdulillah mak cik Annisa masih lagi di beri peluang olehNYa hidup diatas muka bumi ini untuk muhasabah diri Annisa sebelum dijemputNya.Lagipun Annisa nk pergi dalam keadaan yang beriman.Annisa tidak mahu mati dalam keadaan yang penuh dosa.’’

Mak Cik Piah menitiskan air mata bila mendengar kata-kata Annisa.Di dalam hatinya berdoa semoga Annisa sentiasa tabah menghadapi hari-harinya yang akan datang.
Sampai di rumah Annisa menolong ibunya keluarkan barang-barang yang di beli daripada plastik.Tiba-tiba kepalanya terasa sakit lagi.Ibunya melihat Annisa yang sudah pucat.Ibunya suruh Annisa makan ubat dan pergi berehat.

Annisa masuk ke dalam biliknya.Annisa masuk tandas membasahkan tubuhnya dengan wudhu kemudian melakukan solat sunat Dhuha dua rakaat.Dia berasa gembira kerana dia masih lagi berpeluang untuk melakukan solat sunat & juga masih lagi berpeluang sujud padaNya.Annisa menadah tangan memohon doa pada Allah.

‘’Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah,Aku ini cuma hambaMu yang kerdil disisiMu.Seandainya ini ujian untukku aku tabah menghadapinya.Tubuhku ini hanyalah pinjaman kepadaku.Aku redha Ya Rabb menerima sakitku ini.Biarpun sekejap Engkau memberi pinjam tubuh kepadaku aku bersyukur padaMu Ya Allah.Dengan tubuh inilah aku melaksanakan perintahMu,menjalankan tanggungjawabku sebagai hambaMu dan juga menjadi hambaMu yang solehah.Ya Allah,aku dilahirkan di dalam keadaan beriman dan matikanlah aku juga di dalam keadaan yang beriman.Amin Ya Rabb..’’

Annisa menitiskan air matanya.Dia gembira hidupnya selama ini tidak sia-sia.Dia tidak takut untuk dijemput lebih awal daripada orang lain.Selepas berdoa Annisa membuka kitab suci Al-Quran dan membacanya.Tersekat-sekat suaranya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Air matanya sekali lagi mengalir bila Annisa terpandang satu ayat Al-Quran dimana Allah berfirman:

‘’Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan’’
(Surah Al’Ankabuut:57)

Annisa membelek lagi surah-surah lain untuk dibacanya..Malam itu Annisa banyak menghabiskan masanya dengan membaca Al-Quran.Sekali lagi mata Annisa terpaku memandang ayat Al-Quran yang berbunyi:

‘’Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya;maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.’’
(Surah Az-Zumar:42)

Hari-hari yang dilalui Annisa cukup terseksa buat dirinya.Dia sering sakit kepala sehinggakan dia menangis teresak-esak menahan sakit.Hidung Annisa juga selalu mengeluarkan darah menyebabkan ibu bapanya tidak sanggup melihat anak mereka menderita sakit.Dari hari ke hari muka annisa bertambah pucat.Annisa sudah cukup lemah dan hanya mampu terbaring je.Namun begitu di dalam kesakitan Annisa cuba bangun untuk solat & baca Al-Quran.Dia tidak mahu dirinya nampak lemah dihadapan Allah.Annisa sudah tahu masanya sudah hampir.Sebelum dia pergi dia nak ibu bapanya redha di atas pemergiannya.Annisa mohon kemaafan dari ibu bapanya.Ibu bapanya terlalu sedih dan juga sekaligus gembira kerana mempunyai seorang anak yang tabah & anak yang solehah.

Pada suatu malam Annisa tersedar dari tidurnya.Entah mengapa hatinya rasa gelisah sangat.Mungkin sudah sudah sampai masanya dia berjumpa Ya Rabb.Dia rasa sedih sangat-sangat.Annisa menangis teresak-esak.Seandainya sudah tiba masanya dia redha di atas ketentuan Ilahi untuknya.Annisa berusaha untuk bangun melaksanakan qiamullail buat kali terakhir.Annisa berdoa dalam tangisan.
Azan subuh sayup-sayup kedengaran.Annisa sudah terlalu lemah.Dia bangun untuk solat subuh.Selesai berdoa Annisa tidak sedarkan diri di atas sejadah.Alhamdulillah Annisa pergi dalam keadaan yang tenang.Semoga Annisa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman dan mudah-mudahan Allah tempatkan Annisa di JannahNya.Amin.

Semoga cerita ini mendapat kesedaran kepada pembaca.Ingatlah kita hidup di dunia ini hanyalah sementara.Kita milik Allah dan bila-bila masa saja Allah akan mengambil nyawa kita.Hargailah masa yang ada dan laksanakanlah perintah Allah dengan sempurna.Hargailah nikmat yang Allah berikan pada kita.

‘’Hai manusia,ingatlah akan nikmat Allah kepadamu.Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?TIdak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia;maka mengapa kah kamu berpaling (dari ketauhidan)?’’
(Surah Faathir:3)

‘’Hai manusia,sesungguhnya janji Allah adalah benar,maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu,memperdayakan kamu tentang Allah.’’
(Surah Faathir:5)

Wallahu’alam…

            Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

Monday 11 April 2011

Mengingati Allah Hati Menjadi Tenteram

KEJUJURAN adalah kekasih Allah.Berterus terang adalah sabunnya hati.Ujian adalah bukti petunjuk jalan yang tidak akan membohongi orang.Tidak pernah diperolehi suatu perbuatan yang lebih melapangkan dada dan lebih besar pahalanya dari berzikir mengingati Allah dalam apa jua keadaan.

Allah s.w.t berfirman:

''Kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat (pula) kepadamu.....''
(Al-Baqarah:152)


Berzikir kepadaNya adalah syurgaNya di bumiNya.Barangsiapa yang tidak memasukinya,maka ia tidak akan memasuki syurga akhirat.Allah merupakan penyelamat terhadap jiwa dari kelelahan dan goncangannya.Tidaklah menghairankan,jika orang-orang berzikir terasa tenang kerana inilah pangkalnya.tetapi yang lebih menghairankan bagaimana orang-orang yang lalai dari menyebutNya boleh hidup.

Allah s.w.t berfirman:

''(Berhala-berhala) itu mati tidak hidup dan berhala-berhala itu tidak mengetahui bilakah penyembah-penyembahnya akan dibangkitkan.''         (An-Nahl:21)                                                                        


Wahai orang yang mengeluh perhambaan,yang menangis kerana sakit,yang bersedih hati kerana kejadian yang menimpa,yang dilanda oleh bencana....MARILAH....menyeru dengan namaNya yang suci..Bergantung banyaknya kamu menyebut namaNya,maka perasaanmu akan menjadi senang,hatimu terasa tenang,jiwamu terasa bahagia dan perasaanmu juga lapang.

Kita diberi kesenangan oleh Allah untuk hidup di dunia ini..kita diberi oksigen untuk bernafas setiap saat,diberi tubuh badan yang sihat,diberi akal yang waras,diberi nikmat untuk merasai kehidupan ini dengan percuma tetapi apa kita bagi padaNya sebagai tanda kita mengingatiNya..Fikirlah..

wallahua'lam

     Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Illahi

Saturday 9 April 2011

TAQWA


Sekiranya kita melihat keadaan ummat Islam hari ini dengan kacamata Iman tentu kita akan menangisinya. Hari demi hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat ini sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh. Musuh-musuh Islam terus menerus melancarkan gerakan untuk menghapuskan atau setidak-tidaknya menghina ummat ini dengan sehina-hinanya. Sedangkan pemuda-pemudanya yang menjadi modal dan harapan kebangkitan semula ummat ini masih terlena. terlena dengan irama dan lagu yang dihidangkan oleh musuh-musuh Islam hingga melumpuhkan semangat dan daya juang mereka...hinggakan 'Kemahuan' yang menjadi asas kebangkitan turut terpadam bersama menungan dan lena yang panjang. Melihat keadaan ini, saya merasakan satu keperluan untuk berkongsi pengalaman dan perasaan ini supaya sedikit sebanyak dapat menggerakkan tubuh ummat ini supaya tersedar dan bangkit dari lena ini. Sumbangan pandangan dan pengalaman daripada pengunjung-pengunjung blog ini diharapkan dapat mewarnai kebangkitan ini seterusnya menjadi sumber bekalan untuk kerja-kerja besar yang menjadi tujuan pengutusan para nabi...iaitu menyebarkan dan menyemarakkan dakwah Islamiyyah serta mengajak manusia kepada perhambaan semata-mata kepada Allah SWT...