CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 8 February 2012

Maafkanlah..

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (An-Nur :22)

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang

"...dan jika kamu maafkan dan kamu menyantuni serta mengampunkan (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." (At-Taghabun : 14)

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan org bodoh

" Jadilah engkau seorang pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang bodoh." ( Al-A'raf : 199)

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan

" Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." (Al-Syura : 43)

5. Maafkanlah agar kau termasuk dikalangan orang yang sabar menahan marah

" ...dan orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan." (Al-Imran : 134)

Hukum 'Couple dan Dating’ Dalam Pandangan Islam

Pada asasnya, hukum bercinta, berkasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah HARUS.

Kerana Islam adalah agama kasih sayang dan ukhuwwah (persaudaraan). Namun di sana terdapat beberapa keadaan atau tindakan yang boleh menjadikannya HARAM.

Islam menetapkan syarat-syarat tertentu dalam perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan mahram. Antaranya :

PERTAMA: MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK DAN NIAT ITU BERTERUSAN DALAM KEADAAN BAIK

Hubungan kasih sayang antara seorang lelaki dan wanita mesti diasaskan atas niat yang baik dan suci iaitu bertujuan untuk berkahwin demi menegakkan sebuah rumah tangga yang diredhai Allah. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah HARAM seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka, mencari keseronokan, melepaskan keinginan hawa nafsu,membalas dendam kepada wanita dan sebagainya.


KEDUA: HENDAKLAH MEMATUHI SYARIAT (PERATURAN) AGAMA

Maksudnya dalam menjalin hubungan itu kedua-dua pihak mesti menjaga batas-batas pergaulan seperti yang ditentukan syariat. Seperti tidak berdua-duaan tanpa mahram samada secara nyata atau di alam cyber (internet).


Lumrah bercouple tidak dapat lari daripada ber"dating", ber"shopping" dan sebagainya malah ada yang sampai ke peringkat "membonceng". Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap "caring" seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti didalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya.


Semua itu adalah bercanggah dengan peraturan dan tatacara hidup Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Perlu disedari, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turutmenjadi haram. Kaedah Fiqh ada menyebutkan :


“Sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram”.

Justeru berdasarkan kaedah ini, bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat adalah haram.


KETIGA: WAJIB MENJAGA MARUAH (PERIBADI) SEORANG WANITA


Syariat islam mewajibkan keatas ibubapa atau penjaga wanita menjaga maruah wanita tersebut,memeliharanya dari pergaulan bebas agar wanita itu kekal dalam keadaan suci maruah dan akhlaknya. Kesucian wanita menjadi lambang kesucian sesebuah masyarakat.


Apabila pasangan yang couple berdating, maka keperibadiannya sebagai seorang wanita muslimah akan dipersoalkan, diragui kesucian akhlaknya. Khalayak tidak akan berbicara tentang si lelaki yang bercouple tersebut, tetapi si perempuan, bagaimana begitu mudah si perempuan tersebut merelai dirinya dipermainkan seperti barang tidak berharga, di bawa ke sana-sini atau setidak-tidaknya umum akan menganggap bahawa perempuan tersebut telah dimiliki. Kesan buruk lain yang mungkin dihadapi ialah apabila berlaku perpisahan antara pasangan tersebut. Masyarakat akan mula membuat pelbagai tanggapan negatif terhadapnya.Prasangka-prasangka negatif akan direka dan dihebahkan. Akhirnya berlakulah tohmahan-tohmahan yang menjatuhkan maruah dan kehormatannya. Ingatlah bahawa Islam amat prihatin dalam penjagaan maruah seorang wanita. Di atas dasar itulah adanya hukum Qazaf dan kerana tujuan tersebut jugalah Islam mengharamkan perhubungan yang diluar batasan,kerana Islam memelihara kehormatan seorang wanita.


KEEMPAT: PERHUBUNGAN ITU TIDAK MEMBAWA KEPADA PEMBAZIRAN WANG DAN WAKTU

Di dalam bercouple, biasanya remaja tidak berkira dalam menjaga tatasusilanya dalam perbelanjaan. Sedangkan agama menuntut kita berhemat dalam berbelanja kerana harta yang Allah beri pada kita adalah amanah dan ujian ke atas kita.

Lelaki biasanya akan banyak menghabiskan duit pinjaman PTPTN, JPA, yayasan negeri (bagi mahasiswa IPT)atau duit pemberian ibubapa untuk memenuhi kehendak pasangan wanitanya. Terdapat juga keadaan di mana si gadis yang berbelanja si lelaki. Itu belum dikira dengan pembelian kad top-up handset yang 'out of control'. Hanya kerana call untuk tanya khabar, dah makan ke belum. Cuba bayangkan jumlah wang perlu dibazirkan hanya untuk perkara yang sangat tidak perlu. Justeru, penggunaan wang kepada perkara yang tidak wajar adalah haram dan ditegah oleh syarak. Perbuatan membazir dan menyalahgunakan harta adalah amalan syaitan.

" Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya." (Al-Israa : 27)


Begitu juga dalam soal waktu. Waktu adalah modal hidup kita yang tidak boleh dipersiakan begitu sahaja. Bercouple akan membazirkan waktu. Lebih malang lagi, masa yang amat terhad sebagai seorang mahasiswa atau remaja telah diisi dengan perbuatan-perbuatanyang ditegah oleh Allah. Bukankah berdating, berbual telefon secara marathon dan lain-lain aktiviti rutin bercouple merupakan perbuatan yang menyimpang dari anjuran agama. Justeru setiap saat dan minit yang digunakan bagi tujuan tersebut akan dipersoal dan diperbicarakan dihadapan Allah.


Demikianlah syarat-syarat yang ditetapkan oleh Allah ke atas hambaNya dalam hal perhubungan kasih sayang antara dua insan yg saling menyintai. Tetapi apa yg berlaku dalam masyarakat kita, bila pasangan itu bercinta hukum dan batasan agama dilangggar sewenang-wenangnya, bahkan saat itu hawa nafsulah yang menjadi tuhan mereka. Segala nasihat yg diberi, samada dari ibubapa dan rakan semuanya dianggap penghalang cinta suci mereka.


Manakala hukum dating tanpa mahram adalah dilarang dan haram hukumnya. Kerana berdating bererti menghampiri zina. Dalam Islam seseorang itu dilarang keras dari menghampiri zina. Oleh kerana zina itu mendatangkan dosa besar, maka melakukan perbuatan yang boleh membawa kepada perzinaan termasuklah dating ini adalah haram dan berdosa.


Allah SWT mengharamkan pandangan tanpa kepentingan antara lelaki dan wanita bukan mahram (sila rujuk Surah An Nur: 30,31), apalagi jika bertemu berdua-duaan tanpa mahram.


Sudah diketahui bahawa dalam pertemuan/dating itu akan berlaku perbualan, renungan, bisikan dan pujuk rayu yang akan membawa kepada sentuhan dan ada yg berakhir dengan hubungan intim (seks) yang haram atau zina.

Zina berlaku disebabkan adanya dating, jika tiada dating pasti tidak akan berlaku zina.

Seperti yang disebut di atas bahawa kaedah Fiqh menjelaskan "Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram".

Maka hukum dating adalah HARAM kerana ia membawa kepada yang haram iaitu zina.


Jauhilah dari berdating kerana ianya adalah jalan mudah bagi syaitan menjerumuskan anak Adam ke lembah perzinaan. Dengan dating membawa kepada perlanggaran hukum-hukum agama secara leluasa seperti berpandangan tanpa keperluan, percakapan berdua tanpa mahram, bersentuhan antara lelaki dan wanita yang semua itu diharamkan Allah. Jadi bila sudah berada dalam suasana haram dan tidak diredhai Allah, maka mudahlah bagi syaitan menjerumuskan kita ke lembah yg paling hina iaitu zina.


Akibat dari zina tidak berakhir di situ sahaja. Lanjutan darinya akan menghalakan para remaja kepada maksiat dan dosa yang lain pula, seperti pengguguran yg merupakan satu pembunuhan, buang bayi, lari dari rumah yang merupakan perbuatan durhaka kepada ibubapa. Semua itu adalah hasil dari hubungan cinta atau couple dan dating yang diharamkan agama.


Di sini kita melihat betapa buruknya natijah dari pergaulan bebas yang ditegah oleh agama kita, dan di sisi lain kita dapat melihat hikmah dan kebaikan dalam mematuhi larangan tersebut dimana ianya pasti akan memelihara kesucian peribadi wanita dan lelaki kita sekaligus menyelamatkan kita dari tertipu oleh syaitan melalui pintu hawa nafsu seks ini. Alangkah harmoninya masyarakat kita jika remaja kita juah dari dosa-dosa ini, tidak berlaku zina, pembunuhan bayi dan buang bayi lagi dalam masyarakat kita jika lelaki dan wanita kita menjauhi couple dan dating secara haram.


Islam bukanlah agama yang menyekat semua hubungan dan pertemuan antara lelaki dan wanita. Jika pertemuan itu perlu contohnya untuk berbincang bagi tujuan perkahwinan, persiapannya atau tujuan bermesyuarat untuk urusan dakwah misalnya, ianya dibenarkan oleh agama dengan beberapa syarat.


Antaranya hendaklah ditemani oleh mahram wanita itu seperti ibu atau bapanya atau adik beradiknya yang telah baligh, atau rakan yang dipercayai. Ini bertujuan untuk memelihara maruah wanita itu agar tidak dituduh berkhalwat dgn lelaki dan sudah pasti untuk mengelakkan berlakunya dosa-dosa seperti yang telah disebutkan diatas.


Saya ingin menyeru kepada semua wanita dan lelaki muslim, marilah kita berpegang teguh dengan ajaran agama kita yang mulia ini, agar kita akan mendapat rahmat dan kasih sayang dari Allah. Memang susah untuk kita mematuhi suruhan dan larangan Allah, tetapi ianya akan menjadi mudah jika kita menjadikan Allah sebagai kekasih kita. Sudah lazimnya seorang kekasih itu akan mentaati kekasihnya. Soal jodoh kita janganlah kita terlalu ‘berminat’ untuk mendapatkannya sehingga kita mengambil jalan2 yg diharamkan oleh Allah. Matlamat tidak menghalalkan cara.


Kerana jika kita melalui jalan yang haram untuk mendapatkan jodoh kita ditakuti hidup kita sesudah itu tidak diberkatinya, perkahwinan kita tidak bahagia bahkan banyak berlaku pasangan yang berkahwin atas dasar cinta ‘separuh mati’ ini berakhir dgn perceraian.


Semoga dengan kita mentaati semua perintah Allah, Dia akan menganugerahkan kita pasangan yang baik kerana Allah berjanji dalam Surah An Nur bahawa wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik.


Semoga kita mendapat petunjuk dari Allah SWT dalam menjalani kehidupan kita yang penuh ujian ini..

Meraih Mahabbatullah

Ibnu Qayyim pernah berkata, ada sepuluh sebab yang menzahirkan cinta Allah SWT :

1. Membaca dan memahami al-Quran. Tumbuhkan di relung kalbumu peraan cintakan al-Quran, lantas diterjemahkan melalui amalan membaca dan memahami kandungan ayat-ayatnya. Kemudian renungkan pesan-pesan, maksud dan tujuannya. Ini bagi membolehkan diri kita mengetahui iaitu memahami pengertian maksud dan tujuan kalamullah yang tersurat dalam al-Quran.

2. Mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat. Perbanyaklah mengerjakan ibadah sunat selesai ibadah wajib. Sesungguhnya amalan-amalan sunat dapat melapangkan jalan bagimu menggapai cinta Allah SWT.

3. Sentiasa berzikir walau dimana sahaja dan bila serta dalam keadaan apa sekalipun. Amalkan dalam dirimu zikrullah secara daim (berterusan), baik zikir lisan mahupun zikir hati. Teguhkan dirimu agar selalu ingat Allah SWT dalam apa jua keadaan dan situasi. Sebanyak mana kau berzikir, sebanyak itu pula cinta Allah yang akan kau raih.

4. Mengutamakan cinta Allah SWT berbanding cinta terhadap segala yang lain. Mendahulukan kepentingan Allah SWT atas kepentingan nafsu diri. Paterikan di kalbumu bahawa cinta Allah SWT adalah diatas segala kepentingan dirimu. Jangan sampai cintamu kepada Allah SWT, kau nodai dengan kepentingan duniawi atau gejolak kepentingan yang jauh daripada batas-batas agama dan ketuhanan. Jangan sesekali meletakkan Allah SWT nombor dua berbanding gejolak kepentingan nafsumu.

5. Menghidupkan hati bagi memahami makna hakiki nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT. Tajamkan mata hati dan fikiranmu. Orang yang memahami dengan pengertian hakiki nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT, maka dia sesungguhnya manusia yang termasuk para hamba yang beroleh kasih-Nya.

6. Menghayati dan mengakui kebaikan serta keluhuran Allah SWT sepenuh hati dan jiwa. Orang yang mengakui dan menyedari dari lubuk hatinya yang paling dalam bahawa Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih, yang menganugerahkan pelbagai nikmat zahir dan batin serta mengakui keluhuran-Nya. Pengakuan tulus seperti itu melapangkan jalan kasih Allah SWT serta memudahkan bagi menggapai cinta Allah SWT.

7. Menjaga hati daripada segala perasaan cinta selain Allah SWT serta mendidik hati agar tunduk dibawah perintah dan kehendak Allah SWT. Peliharalah hatimu daripada noda-noda kecintaan kepada sesuatu selain Allah SWT. Fokuskan hatimu secara utuh kepada Allah SWT, agar cintamu kepada Allah tidak tersasar, agar wajah cintamu benar-benar hanya dan untuk Allah SWT semata-mata. Lebih daripada itu agar hatimu tetap kekal pada jalan kepatuhan dan ketundukan kepada Allah SWT.

8. Mengasingkan diri untuk syahdu kepada Allah SWT. Menyepilah di tempat sunyi, baca dan fahami ayat-ayat al-Quran. Fokuskan hati dan fikiranmu bagi menghayati ayat-ayat Allah SWT, baik yang termaktub dalam al-Quran mahupun tanda-tanda kuasa-Nya di alam ini.

9. Bergaul dan bersahabat dengan para pencinta dan manusia yang benar. Biasakan dirimu berkumpul bersama orang yang soleh yang telah sampai pada tingkat semangat mahabbatullah. Hayati dan perhatikan dengan teliti kata-kata mereka, teladani jejak semangat mereka agar dirimu mampu meraih apa yang digapai oleh mereka. Bergaul dan bersahabat dengan para pencinta Allah yang soleh membuatmu memahami jalan terbaik bagi menggapai cinta Allah SWT.

10. Menjauhkan hati dripada segala yang memati dan menjauhkan serta memalingkannya daripada Allah SWT. Jaga hatimu. Waspada setiap jejak langkah hidupmu agar hatimu tidak berpaling daripada Allah SWT. Pelihara kesucian hatimu agar cahaya petunjuk Allah SWT sentiasa menyinari kalbu dan jiwamu. Jika hatimu bening dan jiwamu bersih, jalan menuju cinta Allah SWT terbuka lebar bagimu.

Tuesday 7 February 2012

Rintik-rintik Hujan Anugerah-Nya


Awan mulai gelap menutupi matahari
Guruh dilangit menandakan akan turunnya hujan
Pepohon mula ditiup angin
Daun-daun kering mula gugur satu persatu

                Rintik-rintik hujan jatuh ke bumi mula didengari
Rumput-rumput hijau mula disirami hujan
Makin lebat membasahi alam ini

Subhanallah..
Inilah kuasa-Nya yang Agung
Sebijak mana pun manusia
Tidak akan dapat menciptakan awan, pepohon, hujan

Sedarlah kamu wahai manusia
Bahawa hidup ini adalah miliknya
Tiap-tiap kejadian adalah atas ketentuan-Nya

Setiap hembusan nafasmu
Bunyi degupan jantungmu
Kaki yang mampu melangkah di bumi-Nya
Tangan yang boleh menyuap sesuap nasi

Kenapa kamu semua angkuh, sombong
Sedangkan kamu milik-Nya
Kamu diciptakan oleh-Nya dan pada-Nya kamu dikembalikan

Kamu berpijak di bumi-Nya
Sedangkan kamu terlalu sukar
Untuk melaksanakan perintah-Nya
Tiada rasa malukah kamu pada-Nya

Setiap hembusan nafasmu itu
Dia selalu bersamamu
Memerhatikan setiap langkahmu

Awan mulai gelap agar kita sedar
Hari bukan selalu cerah
Bunyi guruh dilangit mengingatkan kita
Allah itu Maha Agung

Pepohon bergoyang ditiup angin
Bahawa hidup ini bukan selalu teguh
Daun-daun kering yang gugur
Agar kita tidak tersilap mengatur  langkah

Rintik-rintik hujan jatuh ke bumi
Supaya kita sedar semua ini milik Allah..
Indahnya ciptaan-Mu ini Ya Rabb..

~ Mar'atus Solehah ~
7 February 2012
3.27 pm























































Monday 6 February 2012

Mencari Secebis Sinar

Menitis air mata dipipi
Saat diri merasa sendirian
Baru diri ini sedar
Rupanya nikmat kasih sayang-Mu
Makin jauh dariku
Kudrat untuk melangkah
Semakin hari semakin lemah
Keteguhan untuk berdiri
semakin hari semakin tiada berdaya

Allahu Rabbi..
Beratnya ujian untuk hamba-Mu ini
Dalam kegelapan ku tercari-cari
Dimanakah cahaya yang ku damba selama ini
Sebuah sinar yang memberi erti kebahagiaan
Juga sebuah sinar yang terus menyinari
kegelapan hidupku selama ini
Jiwa ini dahagakan cinta-Mu
Hati ini rindu untuk merasai kasih-Mu

Ya rabb..
kembalikanlah sinar dalam hidupku
Kuatkanlah hati ini
Meneruskan perjuangan ini...


                                                                                                                    ~ Mar'atus Solehah ~
                                                                                                                    6 February 2012
                                                                                                                  1.27 pm


Sunday 5 February 2012

Setulus Hatimu..


Kau ibarat cahaya
Sentiasa menyinari alam ini
Hadirmu memberi seribu
Kebahagiaan pada insan lain

Biarpun hanya sebuah senyuman
Terukir manis dibibirmu
Sudah cukup buat orang lain bahagia
Biarpun dirimu masih bertatih

Untuk melangkah di landasan yang benar
Kau tidak putus asa melakukannya
Tatkala duri menusuk di jarimu
Segaris luka terpamer


Namun itu tidak mematahkan semangatmu
Kau masih meneruskan langkahmu
Langkah yang diatur seteguh hatimu
Tatkala air mata mengalir dipipi

Tangan biarkan air mata itu kering
Pipi tidak biarkn air mata itu terus mengalir
1001 kedukaan di hati biar berlalu pergi
Meskipun pahit untuk menelannya seorang diri

Menghadapi badai dugaan yang melanda
Sebuah perjuangan tetap diteruskan
Langit nan membiru memberi khabar indah padamu
Alam yang menghijau berkata-kata pada dirimu

Bahawa dirimu bukan sendirian
Dirimu masih ada-Nya
Setiap langkahmu selalu bersama-Nya
Keyakinanmu yang memenuhi ruang kalbumu

Membuatmu terus teguh berdiri
Mencari secebis redha ilahi.....

                                                                                                                                  ~ mar'atus solehah~
                                                                                                                                  5 February 2012
                                                                                                                               10.32 pm
















Wednesday 11 January 2012

Cinta Yang Satu

                                   Apa matlamatmu wahai manusia?


Cinta yang satu,
Bukankah manusia itu mengerti,
Bahawa manusia itu diciptakan,
Agar untuk beribadah kepada-Nya,
Tanda tunduk dan cinta pada-Nya,

Tapi,
Berapa ramai yang jatuh cinta pada-Nya,
Malah mereka samakin jauh dari-Nya,
Malah ada di kalangan mereka yang meninggalkan-Nya,
Walau mereka tahu,
Allah sentiasa dekat padanya.

Seolah-olah tuhan itu bersifat fatamorgana,
Bila jauh seakan-akan ada di depan mata,
Bila mendekat, tiada,
Apakah tidak kau rasainya teman?

Mengapa cinta manusia terbit tatkala musibah melanda,
Mengapa cinta hilang tatkala nikmat terasa,
Itulah hakikat diri manusia,
Pelupa!

Ah!
Sedarkah dirimu tentang cinta Tuhan?
Adakah kau tahu kasih sayang-Nya?

Bila mana kau dekati-Nya dengan berjalan,
Dia akan datang kepadamu dengan berlari,
Bilamana kau dekatinya sedepa,
Dia akan datang kepadamu sehasta.

Kau tahu,
Bilamana engkau cinta pada-Nya,
Semua makhluknya akan mencintaimu,
Oh teman,
Cintailah DIA,
Tuhan yang satu,
Cinta yang Satu,
Maka akan kau temui,
Kebahagiaan yang hakiki.

http://mujahidhijau.blogspot.com/
http://www.facebook.com/pages/Musafir-Kehidupan-Erti-Memberi-Pada-Menerima/135283809871761

Sunday 8 January 2012

Sekalung Warkah Terakhir Buat Kekasih

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t..

Akhi..maafkan ana jika mengambil masa akhi untuk membaca msg ana nh..mudah-mudahan dengan msg ana nh akhi dapat satu keputusan yang teguh buat diri akhi...

Tiga hari sudah brlalu buat diri ana dan juga akhi tanpa berhubung..Sangat pahit untuk ana laluinya..Sebelum ana bagi msg nh ana fikir beberapa kali..ana takut...takut jika ana msg akan menambahkan lagi rindu ana pada akhi..Sungguh, saat menaip msg nh air mata jernih mengalir dipipi..Ana tidak mampu untuk menahannya daripada keluar..Apa daya, ana tiada hak untuk merindui akhi..Cukuplah rindu ana hanya pada-Nya...

Alhamdulillah akhi..tanggal 6 Januari 2012 (jumaat) ana di bai'ah untuk perlantikan Senator Majlis Perwakilan Mahasiswa..Di masjid ana angkat sumpah untuk jalankan tanggungjawab ana sebagai MPM..

Terasa berat hendak memikulnya sebab ana tahu ini bukan tanggungjawab yang ringan untuk ana..ana memikul beban wakil bagi semua mahasiswa tapi bila ana fikir balik mugkin inilah jalan yang Allah bagi pada ana untuk berjuang di jalan-Nya..inilah masa yang terbaik untuk ana tarbiyah diri ana..Mugkin perpisahan kita ini menjadikan ana lebih matang dalam mengahadapi masalah..

Akhi...Mungkin dengan kesibukan ana ini akan bantu diri ana untuk melupakan akhi buat sementara waktu ni..InsyaAllah akhi, ana akan jadi muslimah yang solehah taat pada perintah-Nya..ana kan persiapkan diri ana nh buat akhi..

Ana lepaskn akhi dengan rela meskipun sakit tapi ana yakin dengan-Nya sebab ana tahu Dia Maha Mengetahui apa yang ada di hati ana ini...

Akhi..teruskanlah perjuangan akhi..Janganlah pernah brhenti meskipun penat..Janganlah pernah pandang belakang jika sudah jauh kehadapan..Ingatlah Akhi, Perjuangan kita terlalu panjang..tanggungjawab kita pada agama masih belum terlaksana..

Akhi..sama-samalah kita mencari cinta-Nya sebab ana yakin dalam keadaan beriman juga kita akan disatukan..InsyaAllah akhi..ana akan minta dengan-Nya supaya akhi yg jadi zauj ana satu hari nanti..Ana xtakut nk lepaskan akhi hari nh sebab ana tahu jika ana memag jodoh akhi kita akan disatukan juga meskipun berpisah beribu batu...

InsyaAllah ana akan menjaga diri ana,maruah ana..Jika akhi sudah bersedia jemputlah ana 1 hari nanti untuk menjadi zaujah akhi..Andai ada jodoh, insyaAllah Allah pasti akan satukan hati kita berdua.. Jika akhi  tidak menjmput ana juga 1 hr nanti fahamlah ana bahawa ana bukan ditakdirkan untuk akhi..mungkin akan ada yang lebih baik untuk ana nanti...

Sampai disini sajalah sekalung warkah dr ana buat akhi..
Salam kemaafan dari ana..

Wassalam...

Wednesday 4 January 2012

~~~~CINTA~~~~~

Hadirnya cintaMu memberikan seribu kebahagiaan
Sebuah kebahagiaan yang mendamaikan hati
Menjadikan sebuah kehidupan penuh dengan gelak ketawa
Tanpa kusedari rasa cinta ini terlalu berharga
                Engkaulah kekasih yang abadi..
                Menjadi pelengkap dalam hidupku
                TanpaMu diriku terumbang-ambing
                Engkau selalu disisiku
Disaat ku menitis air mata kesedihan
Ku merasai kehangatan cintaMu
Tatkala kegembiraan hadir di sanubariku
Engkaulah kekuatanku untuk terus tabah
                Menghadapi warna warni sebuah kehidupan ini
                Yang penuh dengan suka, duka, pahit, manis
                Bila ku rebah ke bumi
                Engkaulah peneman yang setia
Selalu berada disisiku memberikan semangat
Agar aku terus tabah mempertahankan rasa cinta ini..
Di saat kegelisahan yang melanda
Engkau hadir mendamaikan hati ini
                Sungguh,cintaMu teramat indah buat diriku
                Diriku adalah insan yang bertuah
                Terpilih untuk merasai keagungan cintaMu
                Ku tahu bukan semua orang merasainya
Lantas diriku sedar cukuplah
Ku memperjuangkan cintaMu yang hakiki..
Demi menggapai secebis redhaMu..
Yang menjamin kunci SYURGA...












Sunday 1 January 2012

Derap Langkah Seorang Mujahidah

Dalam setiap perjalanan mengatur langkah
Dugaan dan cabaran pasti bersama
Ketabahan dan kesabaran menjadi sahabat
Menghadapi perjuangan yang bakal mendatang
Andai sebuah kegagalan ditempuhi
Air mata dijadikan teman
Keterbatasan seorang hamba yang tidak berdaya
Lemah menghadapi setiap langkah
Malam berlabuh sepi
Hamparan sejadah di satu sudut
Dalam sujud yang  khusyuk
Pada-Nya diluahkan segala yang terbuku
Doa menjadi penawar
Untuk terus kuat
Alunan zikir membasahi bibir
Demi menggapai secebis ketabahan
Ayat demi ayat suci didendangkan
Supaya terus sabar berjuang di jalan Allah
Setelah kembali sinar yang bercahaya
Aturan langkah semakin laju
Tanpa pernah kenal erti lelah
Meneruskan sebuah perjalanan
Yang tidak pasti dimanakah penghujungnya
Ujian ibarat air yang mengalir di sungai
Tidak pernah putus-putus
Dalam menguji hamba-hambaNya
Saat sebuah kejayaan diraih
Air mata membasahi bumi
Alangkah nikmatnya ujian yang diberikan olehNya
Meskipun tersungkur beribu kali
Hayunan langkah semakin bersemangat
Perjuangan tetap diteruskan
Demi mencari sebuah cinta hakiki
Cinta abadi buat selamanya
Membawa jalan ke SYURGA..