CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, 23 July 2011

Tangisan Hati Yang Merintih

Aku termenung melihat tasik di kolej yang cukup tenang sekali. Sesekali tudungku ditiup angin bayu. Aku bersyukur kerana aku masih berpeluang utuk melihat ciptaan Allah. Andai mata aku buta aku mungkin tidak dapat melihatnya. Tiba-tiba air mata ini mengalir bila memikirkan apa yang telah terjadi pada diriku dua tiga hari ini. Apakah aku sudah gagal untuk berjuang di jalan Allah? Apakah aku seorang hamba  yang lemah bila Allah bagi secebis ujian aku gagal hadapinya? Soalan ini sering bermain-bermain dalam kotak fikiran aku.

Aku sedar aku mula terumbang-ambing dengan dosa yang ku lakukan. Aku terlalu takut. Takut jika aku terus-menerus melakukan dosa. Aku rasa berbeza dah sekarang ini. Jiwa aku kosong,hati aku tidak tenang, diri aku semakin lalai. Apakah ini kesan akibat dosa yang aku lakukan. Apakah Allah sudah jauh dari ku. Nauzubillah..aku semakin takut untuk fikirkan ini semua.

“ Hati manusia pada waktu itu merasa sangat takut.” (Surah Al-Nazi’at : 8)

Aku melangkah kaki dengan lemah balik ke hostel. Aku takut andai aku melangkah kaki ini tiba-tiba Allah ambil nyawa aku. Aku takut tidak sempat untuk bertaubat. Sekali lagi hati ini sedih bila memikirkan dosa yang ku lakukan. Sempat ke aku bertaubat?

Bila sampai ke bilik aku rehat atas katil. Aku mula terasa penat untuk teruskan kehidupan ini. Aku ingin pejam mata seketika untuk lupa urusan dunia tapi mata ini takut. Andai aku pejam mata mungkin aku tidak akan bangun buat selama-lamanya. Aku terus bangun dari katil. Aku tidak mahu lalai lagi. Aku bersiap untuk ke masjid solat maghrib. Selangkah kaki ku berjalan untuk ke masjid aku terasa diriku semakin rindu padaNya. Hati aku bergetar saat-saat mendengar alunan zikir di masjid.

Dalam sujud aku menangis memikirkan dosa ku. Hati aku sekarang terlalu mudah tersentuh bila menyebut nama-nama kalimah Allah. Aku terasa hina sekali disisiNya. Aku sudah gagal menjalankan perintahNya.
Aku memberikan nasihat pada sahabat usrah aku tapi aku gagal bila Allah berikan ujian untukku. kehadiran seorang lelaki dalam hidup aku membuat aku semakin tidak tentu arah.  Aku semakin hanyut dengan cinta seorang lelaki sehingga aku melupakan cinta pada penciptaku. Aku gagal menjaga ikhtilat aku dengan lelaki. Aku semakin leka dengan cinta yang sementara sehingga aku sanggup lepaskan cinta yang abadi.
Apakah ini ujian semata-mata untuk menguji imanku. Aku takut. Aku menasihati orang lain tapi aku tidak lakukan perintah Allah. Aku selalu ingat satu ayat al-Quran yang berbunyi:

“ Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya.” (Surah Al-Insan : 2)

“ Wahai orang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? ”
(Surah Al-Shaff:2)

Dari hari ke sehari aku mula sedar. Aku mula terfikir untuk melepaskan cinta manusia semata-semata untuk menggapai cinta Allah yang aku cari selama ini. Aku memberitahu niatku pada lelaki itu. Alhamdulillah dia faham dengan keadaan diriku. Walaupun terasa berat untuk melepaskan  orang kita sayang tapi aku tidak takut. Andai aku memang tercipta untuknya Allah akan satukan kami walaupun beribu batu terpisah. Biarlah kami sama-sama cari cintaNya untuk menggapai mardhatillahNya.
Apabila aku lepaskan dia kerana Allah aku terasa berbeza sekali. Jiwa ini sungguh tenang.

“ Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.”
(Surah Al-Fajr : 27-28)

Ya allah…
Aku hambaMu yang hina disisiMu
Ampunilah dosaku
Terimalah taubat hambaMu ini
Janganlah Engkau biarkan hambaMu ini
Semakin lalai dengan kehidupan dunia yang sementara
Tunjukilah hambaMu ini jalan yang lurus
Iaitu jalan yang diredhaiMu..

Wallahu’alam

  Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi

0 comments: