CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, 1 August 2011

Kerana Purdah..

Suasana pagi ini cukup indah sekali. Alhamdulillah Ya Allah Engkau masih berikan hambaMu ini kesempatan untuk bernafas merasai kehidupan didunia ini. Ku jejakkan kaki menaiki tangga bas. Aku sudah tidak sabar untuk jumpa mama dengan papa tersayang. Sudah setahun aku tidak pulang menjenguk mama dengan papa. Apa yang lebih membuatkan aku tidak sabar untuk jumpa mereka adalah untuk memberitahu berita gembira. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa 8jam. Aku belajar di salah sebuah kolej di Kelantan. Aku masih ingat lagi kata-kata papa yang terakhir padaku “ jika Anna masih tidak berubah dengan sikap Anna jangan balik jumpa kami.” Biarkan kata-kata papa menusuk hati tapi kerana kata-kata papalah membuat aku terus tabah hadapi hidup ini..

Akhirnya sampai juga aku ke sebuah banglo yang tersergam indah. Dari jauh aku lihat mama dengan papa sudah menunggu akan kepulanganku. Aku terus berlari-lari  anak mendapatkan mama dengan papa. Aku terus menyalami tangan mama dan papa. Aku peluk mama,sambil menangis.

“ mama..Anna rindu pada mama dan papa..”

“ Anak mama dah jauh berubah,sejuk hati mama tengok Anna dah pakai tudung labuh,pakai baju kurung.”

Papa hanya tersenyum melihat aku.

“ Alhamdulillah mama, papa Allah dah buka hati Anna, bagi petunjuk untuk Anna berubah. Anna suka dengan perubahan Anna nih.”

“ Eh…jom masuk dulu nanti kita borak puas-puas kat dalam, bagitahu papa..”

Kami sekeluarga masuk ke dalam..

“ Mama, papa…anna minta izin untuk mandi dulu yea. Nanti lepas solat isyak kita borak yea.”

“ Pergilah sayang, mama tau Anna penat. Kata mama padaku..”

“ ok mama..aku tersenyum lalu berlalu masuk ke bilik.”

Selesai mandi kami sekeluarga solat berjemaah. Cukup syahdu sekali suara papa. Papa ketua keluarga, papalah juga seorang suami yang patuh suruhan Allah mendidik isteri dengan baik sekaligus papa juga dapat menjadi seorang ayah yang pandai mendidik anaknya sehingga menjadi orang yang berguna untuk agama. Aku teringat kembali bila aku mengalami perubahan mendadak selepas SPM. Aku keluar rumah lewat malam, tidak pakai tudung, pakaian terdedah sana sini.

Apabila papa perasan dengan keadaanku papa ambil keputusan hantar aku belajar ke kolej islamik di Kelantan. Alhamdulillah kerana keputusan papa aku dapat kenal islam dengan lebih dekat.
Selesai solat aku cium tangan papa dan mama. Aku menangis memohon ampun atas dosaku yang lalu.

“ Papa dan mama sudah lama maafkan Anna.Sungguh papa dan mama terkejut melihat Anna berjaya mengubah diri Anna.”

“ Alhamdulillah papa, mama jatuh bangun ana seorang diri dekat kolej. Akhirnya dapat juga Anna teguh berdiri. ”

“ Boleh cerita dekat mama dan papa macam mana Anna boleh berubah?” tanya mama padaku..

“ Papa ingat lagi ayat papa yang terakhir semasa papa hantar anna?”

“ Papa ingat je sayang, lalu papa tersenyum.”

“ Bila papa dengan mama balik Anna menangis je kat bilik. Anna rasa Anna tidak kuat. Kolej buat minggu orientasi selama seminggu. Masa tulah Anna memang diwajibkan pakai tudung labuh. Anna tidak protes Anna ikut je disiplin kolej. Anna juga diajar pakai sarung lengan dan juga sarung kaki. Mula-mula pakai tu semua Anna rimas tapi lama-lama pakai Anna rasa tenang je. Habis orientasi Anna still pakai tudung labuh. Orang lain ada yang pakai masa orientasi je habis orientasi terus pakai tudung singkat.”

“ Macam-macam dugaan Allah bagi pada Anna. Anna langsung tidak kuat. Anna hanya mampu menangis. Pernah terdetik di hati Anna nak cerita semua pada mama dan papa apa yang jadi pada Anna tapi Anna tidak mahu mama dan papa fikir anak mama lemah. Pernah sekali Anna down kerana sahabat baik Anna sendiri. Masa tu Anna nak je telefon papa suruh datang ambil Anna kat kolej.”

“ Anna jahil dari segi ilmu agama. Dulu mama dan papa manjakan Anna. Apa Anna nak mama dan papa bagi. Bila Anna seorang diri hadapi hidup ini Anna terasa diri Anna kerdil sangat atas muka bumi Allah nih. Anna islam tapi Anna tidak tahu agama Anna sendiri. Anna rasa nak menangis je bila Anna tidak tahu apa pun. Anna mula ambil peluang kawan dengan kakak senior yang dekat dengan agama, banyak ilmu. Anna mula belajar sedikit demi sedikit.”

“ Alhamdulillah Allah bagi kesabaran dan semangat pada Anna untuk Anna teruskan jihad Anna..”kata papa padaku..

“ Alhamdulillah papa..”

Papa..mama…

“ Sebenarnya Anna balik nak minta restu mama dan papa..”

“ Anna nak minta izin dengan mama dan papa untuk pakai purdah..”

Subhanallah..Alhamdulillah ya Allah, Engkau buka hati anakku ini untuk pakai purdah.Tidak ku sangka perubahannya sejauh nih. Papa panjat kesyukuran..

“ Boleh sayang, papa dan mama izinkan Anna pakai purdah.”kata papa..

“ Kenapa Anna nak pakai purdah sayang? ”

“ Entahlah mama, papa..Anna pun tidak tahu kenapa hati ini teringin sangat pakai purdah. Dari hari ke hari hati ini semakin meronta-ronta untuk pakai purdah. Anna pun tidak tahu apa yang buat Anna macam nih. Anna minta pendapat kakak senior. Mereka bagi nasihat pada Anna sedikit sebanyak.”

“ Anna istikharah untuk dapatkan kepastian. Alhamdulillah, Allah buka hati Anna untuk pakai purdah.”
Papa dan mama tersenyum gembira. Alhamdulillah keesokan hari mama beli kain jahit purdah untukku.
Akhirnya aku dapat juga memakai purdah. Alhamdulillah Ya Allah Engkau telah membuka hati hambaMu ini untuk memakai purdah. Aku terasa tenang sekali. Terasa diriku teramat berharga dan bernilai sekali.

Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" ( Al-A'raf : 26)

Wallahu’alam

 Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi






0 comments: