Mujahidku…
Aku bukanlah wanita yang terbaik buatmu,
Tapi aku cuba jadi yang terbaik untukmu,
Diriku bukanlah memiliki kesempurnaan yang engkau mahu,
Engkau tahu mujahidku,
Diriku juga masih terkapai-kapai
Ibarat dedaun yang melayang-layang.
Mujahidku
Aku di ciptakan untuk memperjuangkan agamaku
Dan aku jua tercipta untuk hulur tanganku
Bersama-samamu untuk berjihad di jalan-Nya,
Aku menanti sabar dijemput oleh dirimu
Untuk menjadi sayap kirimu
Dalam memperjuangkan agama kita
Moga diriku,
Sentiasa bersamamu
Dalam menempuh jalan yang penuh liku.
Aku persiapkan diriku
Dengan cinta Allah, Rasul dan semangat jihad yang membara,
Aku juga mempersiapkan diriku,
Dengan iman dan taqwa kepada-Nya,
Supaya aku dapat teguh berdiri bersamamu,
Menentang badai yang bakal melanda
Mujahidku,
Andai aku jatuh tersungkur
Jadilah benteng untuk diriku
Jika kau tersungkur
Aku akan membantu memapah dirimu
kerana aku adalah,
Mujahidahmu...
Mujahidku..
Janganlah kau memilihku atas dasar kecantikan
Bukan jua kerana aku hartawan,
Bukan jua keturunan,
Tapi atas agamaku dan keimananku,
Kau memilihku sebagai mujahidahmu,
Pendamping hidupmu,
Hingga ke pintu syurga,
Buat selama-lamanya....
0 comments:
Post a Comment