Wednesday, 17 August 2011
Dimana Cinta-Mu
Posted by Mar'atus solehah at Wednesday, August 17, 2011 0 comments
Labels: Ya Allah..Dimana Cinta-Mu
Monday, 15 August 2011
Khas untuk Mujahidku
Posted by Mar'atus solehah at Monday, August 15, 2011 0 comments
Labels: Mujahidku
Sunday, 7 August 2011
Ya Allah, Abadikan Hati Ini Dengan Sifat Mahmudah (Terpuji)
1) Taubat
Keazaman untuk meninggalkan kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya.
2) Takut akan Allah s.w.t
Perasaan takut akan Allah akan membuatkan seseorang itu melipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya
3) Mahabbah
Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.
Wallahu'alam
Perjuanganku Demi Mencari Secebis Cinta Ilahi
4) Zuhud
Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.
5) Sabar
Perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. Ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
6) Syukur
Bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat kesihatan, rezeki , kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7) Ikhlas dan Benar
Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8) Tawakal
Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.
9) Redha dengan Qada' Allah
Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin
10) Mengingati Mati
Sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.
Posted by Mar'atus solehah at Sunday, August 07, 2011 0 comments
Labels: Sifat Mahmudah
Monday, 1 August 2011
Kerana Purdah..
Suasana pagi ini cukup indah sekali. Alhamdulillah Ya Allah Engkau masih berikan hambaMu ini kesempatan untuk bernafas merasai kehidupan didunia ini. Ku jejakkan kaki menaiki tangga bas. Aku sudah tidak sabar untuk jumpa mama dengan papa tersayang. Sudah setahun aku tidak pulang menjenguk mama dengan papa. Apa yang lebih membuatkan aku tidak sabar untuk jumpa mereka adalah untuk memberitahu berita gembira. Perjalanan balik ke Kuala Lumpur mengambil masa 8jam. Aku belajar di salah sebuah kolej di Kelantan. Aku masih ingat lagi kata-kata papa yang terakhir padaku “ jika Anna masih tidak berubah dengan sikap Anna jangan balik jumpa kami.” Biarkan kata-kata papa menusuk hati tapi kerana kata-kata papalah membuat aku terus tabah hadapi hidup ini..Posted by Mar'atus solehah at Monday, August 01, 2011 0 comments
Labels: Terdetik untuk pakai purdah

